Sunday, August 15, 2010

Memudakan jantung???

Bole caya ka yang kita boleh mengembalikan jantung kita ke belakang sana, masa umur 20 tahun. Phew. Sketikal, skeptical, skeptical. Tapi itulah fads ka, hapa ka yang terbaru dalam dunia fitness. Ceh, sejak bila pula si couch potatoes ni mengamati fitness?

Ha ha ha. Sebenarnya dah lama dah kut. Masa dulu 2006-2007, bila saya pergi kursus kecergasan di Hospital Jasin. Sejak hari itu saya semacam rajinlah juga menjenguk-jenguk artikel pasal pemakanan dan fitness ini. Tapi masa tu ajelah, bila bersama geng-geng aerobic tu. Bila saya masuk MMU segalanya terputus sama sekali.

Saya ini memang seorang manusia yang teruk, senang buat kawan senang lupa kawan. Yeah, that is my worst perangai. Mak saya kata “ko pusing bontot ko, ko dah lupa dah orang belakang” Well, I guess I kena calling-calling my aerobic matelah ni heh. I do malas nak call, bergayut kat telefon itu costing. Too bad my kawan semua kakak, makcik-makcik yang tak ambil port pasal facebook-facebook ni. Memasing kerja kerani jah. Kang curi tengok internet pegawai marah. He he he . macam itulah gayenya eh kat kampung ni. Internet untuk pegawai aje.

Ok berbalik pasal perasaan skeptical yang melanda ini. Betulkah kita boleh memutar jam ke belakang membawa jantung kita 17 tahun lebih muda? Yang menariknya itu ia tidak memerlukan masa yang panjang. Cukup hanya 12 minutes satu sessi. 3 kali seminggu. Tapi sekali bikin kena bikin dua set. Teknik menjadi kegilaan di Amerika ini dipanggil sebagai PACE yang di bangunkan oleh Dr Al Sears dari Amerika.

Kita cuba ajelah ye and see the result. Caranya pun tak memerlukan kita ke gym, tak perlukan peralatan kecergasan. Boleh buat kat rumah. Tapi kena buat sampai all out, sampai darah naik ke muka (merah padam). Intense. Tapi untuk permulaan tu tak perlulah sampai macam itu. 60% ok jah.

Tapi harus beringat jangan melebihi aras paling tinggi "aerobic targeted heart rate". Setiap pergerakan dalam senaman jika ia melebihi tahap biasa, akan mendatangkan rasa kurang selesa dan memudaratkan pula pada diri kita. Ini saya yang kata. Saya tak nampak lagilah pula apa Dr Al Sears kata pasal ATHR ini.

No comments: