Monday, August 2, 2010

Big Moma, oh big Moma, kasihani mereka.

Saya baca status FB seorang penulis yang sangat saya kagumi puisi-puisi beliau yang menceritkan bahawa anak beliau tak moh tengok berita TV sebab asyik cerita orang bergaduh. Baik tengok cerita hiburan. Saya so far tak rasa mual pula tengok berita, tapi tadi saya merasa tak mual tapi nyeri, ngilu yang teramat. Kisah pasal apa? Kisah pasal budak-budak perempuan muda yang mengandung, cucuk buluh dalam rahim sendiri. Aduh.

Lagi ngeri orang yang diinterview, tak perasan plak sapa atau dari mana sebab tertunduk-tunduk mengenang nyeri orang rodok buluh kat pantat sendiri, terbayanglah pula Fasha Sand berkemban rodok pantat dengan batang keladi, tepi perigi. Tu yang lari kejap, focus I you. Focus datang semula bila dia cerita, budak perempuan umur bawah 15 kalau mengadung, bahagian rahim mereka belum sempurna, menyebabkan mereka tak boleh bersalin secara normal, kena menjalani cesarean. Jika mau bersalin secara normal juga, rahim mereka akan rosak.

Nak tukar channel, kami tengok TV ramai-ramai dan memang mak sangat pantang kalau tukar-tukar channel, ni. Jadi terpaksalah tahan ngeri dok diam-diam. Kalau mengelejat sakan, nanti mak gue fikir apalah pulakan.

Minggu lepas semasa menunggu kelisa saya diservis, saya baca majalah. Kununlah teteba nak tunjuk warak bukalah majalah Islami, ceh ceh ceh….flip-flip-flip through cerita pasal zina-zina-zina-zina. Terus I buka majalah yang ada gambar Wan Zaleha Radzi yang masih cantik bahkan bertambah-tambah cantik lagi tak makan zaman wajahnya, berposing sakan menunjukkan lengan dia yang nampak fit dan seksi tu. I jeles I jeles I jeles.

Fullamak bestnya majalah fesyen ni, he he he fesyen baju la ni semua bermanik-manik berjurai-jurai. Lepas tu hapa lagi lepas satu, satulah majalah yang cover depannya ada pempuan seksi-seksi bergaya posing-posing I khatamkan. Tak baca pun tengok fesyen-fesyen baju jah. Bukan baju jah ada manik, tudung pun tak kurang bermanik juga. Habis corak pucuk rebung, tampuk manggis pada songket pun ditatah dengan manik dan Kristal. Amboi mak geramnya.

Hilang meluat ngeri cerita orang berzina. Ntah apa kenalah mutahir ni cerita zina jah tak sudah-sudah. Cerita-cerita zina ni kita tak payah nak heboh-heboh sangatlah. Benda comman la beb. Dia zina ni sebenarnya gini. Ini yang I baca kat dalam majalah ntah tah yang berbahasa inggeris yang menceritakan pasal zina dan krisis moral yang melanda masyarakat sebelah sana.

Penulis tu kata, nilai moral itu bergantung kepada keturunan kita, kalau nenek kita dulu pakai skirt labuh, mak kita pakai skirt bawah lutut, kita pakai atas lutut, anak kita esok pakai paras peha dan begitulah seterunya, kita berbalik macam zaman purba tak pakai apa-apa terus. Betul apa. Kat Padang Masyar esokkan kita dibangkitkan telanjang.

Penulis tu tak le tulis sebiji macam saya ni. Bahasa dia tentulah kelas tinggi dan cantik lagi sofisekated. Ini bahasa fahaman saya yang saya olah sendiri. Ok berdasarkan tulisan mat salleh ni, kita bolehlah kata zina yang berlaku di Malaya pada hari macam ini. Kalau nenek dan atuk dia dulu zina-zina hati, mak dia zina tangan, zina mulut, zina kaki, hah apa nak terkejut kalau anak mereka hari ini semua pakat-pakat zina kemaluan. Alahai janganle nak sibuk-sibuk nak pecah-pecah kepala nak cerita, nak fikir pasal zina-zina inilah. Kalau takut keterunan kita berzina, hah jangan mula berzina waima zina hati sekali pun.

Kalau tak berzina hati tu mustahillah pulakkan, kita bukan macam orang zaman dulu-dulu yang perkahwinannya diatur oleh orang tua-tua. Jadi kalau hadalah berzina-zina hati ni taubat ajelah. Janganlah pula mengada-ngada nak menyanggah-nyanggah kunun romantikalah, ntah hapa-hapa bahasa jiwang karat yang nak mengagung-agungkan zina hati rindu-rinduan ni. Kita hanya boleh rindu kat suami/isteri ajelah. Yang tak nikah lagi sibuk promote-promote cerita rindu-rindu, ustazah intai-intai, ustaz balik langsir, tu hapa jadahnya tak tau lah den. Terkenang zaman sekolahlah tu, bercakap pasal program, schedule usrah, tukar-tukar nota tazkirah usrah di balik pintu alahai!!! Klako pulak bila teringatkan pengalaman secicah melawat sepupu, sambil meneman dia mengambil schedule program kokurikulum kat sekolah Agama berasrama bertaraf elit tu. Iyalah zaman 90’an dulu mana ada internet-internet ni, kan.

Bila ada orang tulis, sama jah ustaz ustazah bercinta dengan ahli politik ahli koprat bercinta dengan Gro, hamboi mak marah, mengamuk macam babi gila, kemaruk menyondol batang pisang rebah. Apa yang tak samanya kita memang tak tau. Patutlah masa I kat A level dulu bila bercouple jah memasing pakat pakai tudung. Agaknyalah tu kepala usrah yang ajarkan ada hadis ka, riwayat ka Qias ka yang mengatakan zina hati orang bertudung, tutup aurad adalah dibolehkan atas alasan darurat kut. Iyalah kalu nikah kang JPA terminate tajaan.

So persoalannya begemana? Nak membolehkan melayan riduan-rinduan dengan menutup aurad dan mendakwa cinta suci luhur kami yang datang dari langit tujuh ini dihalang buat seketika oleh kerajaan thaghut, big moma atau mentuntaskan terus rindu-rinduan dengan istigfar dan taubat? Nak kawen memang tak buleh, sebab dah bikin agreement dengan big moama tak bleh kawen (tapi nak zina sampai nak zina kemaluan pun kita boleh bagi CD ajar pakai kondom, percuma. Makan-makan pil ni leceh, yang gatal nak menyondol tu korang, apaplak kita yang kena makan pil?) selagi tak habis apa-apa yang patut dihabiskanlahkan. Buat kata Nabil “lu pikir sendirilah” untuk kesejahteraan anak keturunan kamu juga. Kalau tak betul, kero, sewel, sex maniac kang…ko salahkan kerajaan gak. Asyik-asyik kerajaan, kerajaan, kerajaan yang salah. Ini yang kakitangan kerajaan naik bosan, jelak-minta cuti belajar/ kurus kat hotel-hotel kat tempat peranginan ni.

No comments: