Thursday, July 22, 2010

Sukati koranglah heh

Ada ulama’ tersohor negara kita suruh orang politik kita berpadu. Pengikut-pengikut orang politik kita pula ada yang berbelah bagi, ada suka bersatu, ada pula tak moh bersatu. Alasan tak nak bersatu ialah mereka tak mau bersatu dengan perompak dan penyamun. Yup itulah gelaran politikus kita yang gian memburu kekayaan secara yang tidak rasional.

Saya? Ntah haku peduli hapa sama mereka. Yang saya nampak memang ada usaha pihak non-Malay merampas kuasa dari tangan orang Melayu. Cara mereka sangat halus. Dakwaan dan lalakan geng yang dah macam kesaruk takut hilang kuasa itu memang ada benar dan memang kukuh juga. Contoh mereka mendakwa ada satu portal yang dibiayai oleh seorang penyangak mata wang dunia, memang betullah tu.

Betul hapanya? Betullah perjuangan eh tak moh tulis penyangaklah, nak tulis apa eh. Ok orang kaya dunialah. Perjuangan Orang kaya dunia ni nak kaya, lagi kaya, lagi bertambah-tambah kaya, sampai tak fikir ada tindak-tanduk nak kaya dia yang menyebabkan orang lain kebulur dan ada yang bunuh diri, terjun tingkat tinggi terus. Dia tau ke tak perbuatan dia bawa keluar masuk duit labur-sana-labur sini tu dah menyusahkan orang, tak taulah kita nak mengatakannya. Yang kita tau orang kaya ni bila dah kaya dia jadi tamak. Apa yang dia tak boleh beli? Semua dia boleh, hatta sebuah Negara pun dia boleh beli. Hah Presiden Amerika pun kalah.

Saya pernahlah berjumpa sekali dan bertelefon berkali-kali dengan one of the wartawan yang kerja kat portal itu. Yang saya dapat tau, berempati wartawan adalah seorang yang pro kebebasan. Bebas sebebasnyalah. Kalu baca komen dalam blog peribadi dia, hada pengomen yang tuduh dia sort of orang benci orang agama. He can’t let go pengalaman pahit dengan orang agama, thus he make wat ah, macam buat bermusuh dengan orang agama sebagai agenda peribadi dia.

Tapi pada saya dia tak macam itu, dia cuma benci sikap orang agama yang berlebih-lebihan, itu aje. Ini mengingatkan diri saya sendiri agar tidak rasa menyampah bila nampak anak-anak dara pakai seksi-seksi ketat-ketat, jarang-jarang, anak muda yang kusut masai dan tak serupa macam saya yang nak kata kemas tu idaklah, tapi menutup auratlah gitu. Senyum Mardhiah, senyum, banyakkan senyum. Jangan senyum dengan orang yang pakai serupa macam ko aje.

Ok berbalik pada mentality kawan tadi. Kawan ini kata dia anarki. So memanglah portal itu sangat anarki dan ada yang menuduh portal tersebut dikuasai dengan anti-anti monarki belaka. Bahkan ada yang tuduh portal itu sengaja menyerang monarki secara halus dengan menghasut rakyat supaya benci dan seterusnya menolak monarki.

Sekarang ni memang dah jelas ada usaha mengambil alih kuasa politik dari orang Melayu. Jadi orang Melayu macam mana? Masih nak berbalah dan bergaduh lagi ka? Kalau nak berbalah pun fikirkanlah kalau kita hilang kuasa apa yang akan jadi. Ulama’ tersohor dah ingatkan kita semua that we can’t afford to lose our political dominance because the price that we going to pay is very high. Suka hati koranglah Melayu heh, nak membaja, memupuk benci, amarah dalam dada sehingga agama jadi taruhan, suka hati koranglah, yeee.

Anak-anak raja Melayu ni pun satu, kok iye orang dah serang korang kiri, kanan bawak-bawaklah rendahkan ego korang tu. Bawak-bawaklah ikut contoh Raja Johor anak beranak tu eh. Duit banyak-banyak tu, bawa sedekah-sedekahlah kat rakyat miskin ni.

No comments: