Thursday, July 1, 2010

Jangan bergundah-gulana

Kita mungkin tak pernah terlintas langsung, terfikir langsung yang satu hari Melayu akan hilang kuasa politik. Kita fikir kalau UMNO/BN kalah, PAS/PKR masih lagi parti orang Melayu. Namun kalau kita lihat situasi yang berlaku hari ini, sukar untuk kita kata PAS atau PKR akan dominant jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU akan datang.

Kita nampak DAP lebih menyerlah dalam segala hal pun. Di Selangor dan sikit hari dulu di Perak, walau Menteri Besarnya Melayu, tapi memang semua tau, Menteri-Menteri Besar ini tidak boleh “angkat muka” dengan sekutu DAP mereka.

Suka tak suka kita perlu memikirkan akan kemungkinan terlucutnya kuasa politik dari tangan Melayu. Seperti yang saya tulis sebelum ini, dalam dunia ini kuasa sebenar adalah terletak pada kuasa beli. Kuasa beli boleh ditingkatkan dengan ilmu. Mungkin akan ada yang memomokkan “habislah kita, anak kita akan tertutup peluang dari mendapat pendidikan seperti yang kita nikmati pada hari ini.” Ohhh itu sudah tentulah punya. Kalau mereka dah dapat kuasa, mana mungkin MRSM, UiTM dan yang sewaktu dengannya akan terus dapat mengekalkan stuktur yang ada pada hari ini? Sekarang ni pun dikecek-kecek, sikit-sikit minta 10% quota..

Masa tulah kita hanya ada pilihan MMU, Uniten dan Universiti-universiti mahal-mahal aje. Well kalau kita punya kuasa beli yang tinggi, apa ada masalahnya? So memanglah masa tu Melayu-melayu yang nak kahwin, beranak, kena fikir banyak kali. Kalau main simply hantam macam hari ini, menceratkan anak banyak-banyak, macam anak tikus, kunun nak jadi macam ntah sapa tah perempuan jihad tu, alah yang anak dia mati, dia tak bagi tau laki dia tu tapi main dulu, lepas main baru kasi tau tulah…Para Jihadian perlu berfikir banyak kali. Sama ada mau beranak ramai, atau beranak sikit, tapi dapat dipastikan peluang dia belajar paling koman pun takat ijazah itu dapat disediakan sendiri tanpa bantuan kerajaan. Sebab kerajaan kamu nanti bukan semurah hati macam kerajaan yang ada pada hari ini.

Pasal momok nanti komunis bunuh kita, tak bagi kita sembahyang, suruh kita bersaman laven itu memang satu momok jahatlah tu. Dia kalu DAP komunis, dia mesti akan ikut bapak dia. Bapak paling dekat ialah PAP Singapura, bapak jauh sikit mestilah Tanah Cina sana. Betulka Komunis kat Negara Cina dan Singapura tu halang orang sembahyang, halang orang bernikah, suruh bersekedudukan aje? Oklah mungkin benar, kamu kata Komunis Malaysia nanti lagi hebat lagi advance, lagi sadis dari Komunis Tanah Cina sendri sebab Ratu Eliza Wong, suka kalau kita semua mengamalkan gaya hidup dia yang vogue itu. Beriya-iya nak kita ikut cara dia, cara dia aje yang betul, cara kita selama ni salah, kita kena berubah, dari bernikah kepada bersekedudukan jah.

Hah kalau macam itu, kita masih ada pilihan lagi sama ada nak berzina atau jadi rahib terus. Rasanya mereka lagi suka kalau kita jadi macam sami Budha. Dah jadi Sami langsung tak beranak terus, dan kita pun tak payah sakit-sakit kepala nak fikir budget persekolahan anak-anak. Ini memang extreamlahkan. Yup somehow kita kena fikir to the extream, jika situasi extream benar-benar terjadi pada diri kita, wire otak kita tak putus dan kita tak end-up dalam mental asylum.

Saya bukan pro komunis sosialis cina, idak, tapi bila dah kecoh-kecoh 1:40, ni, mau tak mau kita kena memikirkan satu kemungkinan yang tak pernah kita fikir dan kita minta. Tapi kenapa kita kena fikir juga? Kenalah fikir sebab orang-orang besar kita baik dalam UMNO, PAS, PKR, memang dah semacam sasau gitu. Pegang ni tak kena, cuit tu tak kena, asyik nak mengambil hati mereka yang punya kuasa beli tinggi untuk memastikan diri dan keluarga terus kekal dapat ampau besar.

Bila yang kita wakilkan untuk membela kita dan agama kita dah sasau, memang kita tak ada option lain, melainkan berusaha keras untuk membela diri kita dan akidah kita. Cuma kita harap kalau betullah Melayu hilang kuasa tak lama lagi, kita hanya mampu berdoa agar janganlah yang mengganti itu sama jahat dan busuk hati macam Zionis di tebing barat. Kalau sama jahat, mana kita nak pergi eh?

Kita kenalah sentiasa berbaik sangka. Walau nantinya kita hilang kuasa, Allah tetap ada. Jadi, jika difikir balik apa kita ada nak kisah? Ada kuasa ka tidak, Allah tetap ada dan Dia Maha Kekal. Kalau kita patuh menuriti perintahNya dan menyerahkan urusan kita padaNya apa ada kita mau susah hati? Melainkanlah jika selama ini kita dah silap buat perhitungan. Kita memilih amarah Allah demi redha manusia. Bila Allah menyerahkan kita bulat-bulat kepada manusia, maka sudah tentulah kita rasa kepanasan, kegusaran teramat dan kesimpitan setiap kali mengenangkan kemungkinan manusia yang kita serahkan jiwa-raga kita tu dah nak hilang kuasa dan kedudukkan istimewa mereka.

Maka agaknyalah tu, terlahir, catatan, tulisan yang kalau dibaca rasa macam sendat kepala hotak kita. Kalau baca banyak-banyak, kita yang sihat waafiat ni pun boleh separuh mereng dibikinnya. Dari aku baca catatan mereka, baiklah saya Quran, selawat dan istigfar bebanyak, agar Allah selamat sejahterakan kita semua. Amin. Baca nota MMLS, bikin homework, bikin exercise pensyarah bagi pun lagi bagus, lagi banyak buat exercise lagi senang nak jawab soalan peksa, dapat gred yang bagus, hati pun gembira. Hilang segala gusar dan gundah-gulana gitu.

No comments: