Friday, June 25, 2010

Harga sebuah kemerdekaan

Pergi

Seperti angin pagi
berpuput pergi,
diam dan sepi.

Aku mahu berlalu
dari satu belenggu
tanpa rasa ngilu.

Noktah ini
pilihan nurani
jiwa yang merdeka.

Poem yang menarik bukan? Kalu korang kenal sapa gerangannya yang menulis, mesti korang terkejut. Penulis poem ni adalah ahli akademik yang ada Phd. Setau saya orang ada ilmu akan bebas merdeka, tak ada belenggu sebab ilmu ialah kunci kemerdekaan. Ni apa dah jadi ni?

Ntahla, saya dalam perjalanan nak jadi orang intelek. Tapi ntahkan sampai, ntahkan tidak, itu saya tak berani nak cakaplahkan. Semua orang yang dulu masa kecik-kecik kat sekolah rendah dulu selalu dapat nombor satu, memang kalau boleh, memang suka kalau dikenali/dikenang sebagai orang intelek. Tapi bila baca puisi ni kita akan cakap alamak, tak mohlah jadi intelek, dibelengu rasa ngilu-ngilu. Lebih baik bodoh geduak tapi tak ngilu.

Namun, lecturer audit saya ajar yang auditor mempunyai kemerdekaan yang unik. Kalu nak ulang semula apa yang dia lecturekan nanti tak sebiji-sebiji, nanti jadi lebih sudu dari kuahlah pula, kan. Kalau nak tau lebih lanjut cari ajelah online MIA by-law, "Part B, 200.3 Threat & Safeguard." I pun tak baca lagi, sat-sat-sat. Itu pasal tak moh tulis, takut menyeleweng menulis benda sesat lah pula. Apapun saya nak share sikit akan harga sebuah kemerdekaan.

Lecturer saya kata, client kita boleh impose threat pada kita dan dia cerita ada seorang auditor, forensiklahkan, dia pergi ke satu tempat nak menyiasat penyelewengan, lepas tu the moment dia sampai dia kena bunuh. Hah tulah mahalnya harga sebuah kemerdekaan, bagi seorang auditor yang dah dapat label MERDEKA, tanpa kompromi. Mati syahid tu.

No comments: